Loading Events

« All Events

Seminar Kepentingan Kualiti Kerja Binaan Bangunan

December 10 @ 8:30 am - 5:30 pm UTC+8

 

Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) tahun 2016 – 2020 dan Dasar Perumahan Negara (DRN) tahun 2018 – 2025 telah menggariskan inisiatif utama berkaitan kualiti pembinaan. Menerusi CIDB Malaysia, inisiatif tersebut merupakan pelaksanaan pensijilan Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC). Penilaian kualiti akan dijalankan ke atas projek pembinaan bangunan baru terutamanya pembangunan perumahan awam dan swasta.

Seminar ini bertujuan untuk memberi penerangan “Construction Industry Standard (CIS)7” yang menjadi asas dalam penilaian QLASSIC bagi projek perumahan. CIS 7 telah digunapakai secara meluas dalam sektor perumahan sejak tahun 2006. Sehingga kini, hasil analisa oleh CIDB mendapati bahawa standard CIS 7 ini telah membantu meningkatkan secara konsisten tahap kualiti industri pembinaan negara. Selain itu, terdapat juga perkongsian pengalaman oleh penggiat industri melalui kajian kes projek yang telah menjalani penilaian QLASSIC.

CCD: 15 mata/peserta
Harga: RM199

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Cik Annisa | 03 7803 6006

Sponsorship Opportunities:
Encik Khairil | 016-232 8257

Berikut adalah agenda Seminar QLASSIC

Details

Date:
December 10
Time:
8:30 am - 5:30 pm
Event Category:

Organizers

REHDA Institute
CIDB

Venue

Wisma REHDA
No. 2C, Jalan SS5D/6,
Kelana Jaya, Selangor 47301 Malaysia
+ Google Map
Phone:
03 7803 6006